Pengalaman Umrah kali pertama (1st day)

9:34 PM


Dah lebih 4 bulan sejak balik dari umrah lepas.
Nak menulis dan sharing pengalaman di sana asyik tertangguh sahaja.
Alhamdulillah sejak balik daripada umrah, saya disahkan mengandung.
Rupanya sebab saya tak datang period sepanjang di tanah haram adalah sebab mengandung bukannya sebab makan pil perancang.
Allah maha besar.
Punya la takut tak dapat buat ibadah, 2 hari nak berlepas, saya tawakal je ambil pil perancang. Sebab tarikh buat umrah tu betul-betul waktu period saya.

Alhamdulillah pengalaman selama 12 hari di Makkah dan Madinah memang masih teringat-ingat sampai sekarang.

Actually plan nak pergi buat umrah memang dah lama terpendam.
Tapi sebab anak-anak masih kecil dan menyusu lagi tak boleh nak berenggang.
Actually semuanya Allah dah tetapkan.
Buat umrah ni orang cakap atas jemputan Allah.
Allah yang jemput dan Dialah yang akan permudahkan bila sampai waktunya.
Niat tu simpan dan berdoa sentiasa.

Kami plan either Andalusia atau Tiram sahaja sebab family dah ada pengalaman umrah sebelum ni. 
Tapi kami masuk dalam waiting list sebab mostly dah fully book untuk cuti sekolah.
2 hari selepas tu, Tiram call dulu dan bagitau ada 2 kosong untuk pakej Safwah.
Masa ni dah tak fikir panjang terus agree.
Yerla dah ada peluang.
Kita fikir untuk buat ibadah sahaja.
Semoga Allah permudahkan yang lain.
Semua urusan seperti visa, penginapan, makan/minum, flight , ground transportation dan ziarah diuruskan oleh Tiram Travel

Malam sebelum nak berlepas mengerjakan umrah, mata tak dapat nak lelap.
Tak dapat nak gambarkan perasaan.
Bersyukur sangat tapi berdebar-debar.
Umrah ni orang cakap  tempat untuk menyucikan jiwa.
Rumah Allah.
Fikir yang baik-baik dan Allah akan mudah makbulkan.
Bersangka baik dengan Allah yang telah memberi peluang untuk datang ke rumah Nya.

Pagi tu,saya  pastikan kuku  dipotong pendek,
Rambut pun dipotong untuk kurangkan rambut gugur.
Trim segala bulu-bulu yang patut.
Kalau satu rambut jatuh masa kerjakan umrah boleh kena dam.
Sebelum bertolak ke KLIA 2, mandi solat sunat musafir dan solat musafir dahulu







Kami naik Flight Chartered Air Asia X dijangka bertolak 5.30 pagi dan sampai dalam pukul 9.30 pagi waktu Makkah.
Lebih kurang 9 jam penerbangan.
Alhamdulillah kedua kedua keluarga hantar dan tunggu sehingga ke tengah malam.
Flight terus ke Jeddah dan naik bas ke Makkah untuk terus kerjakan umrah.
Terima kasih sebab sudi hantar dan doakan perjalanan kami .





Both anak kesayangan yang sedih nak tinggalkan.
Setiap hari pesan dengan anak-anak , nak pegi rumah Allah.
Sekejap je mommy dengan papa pergi.
Selalu tunjuk gambar-gambar  dekat Makkah dan waktu azan selalu tunjuk Kaabah.


Jenuh juga nak  pujuk Jannah.
Dia tak nangis tapi riak muka memang sedih.
Sampai tertido sebab nak tunggu untuk berlepas dah tengah malam.


Dah hampir pukul 1, kami dikehendaki berkumpul.
Masa ni family pun dah nak balik.
Sessi drama meraung satu dewan fatih menangis.
Oh sangat syahdu..huhuh
Mommy yang menangis tengok fatih sedih sangat.
Terpaksa atuk dukung fatih sampai masuk dalam kereta pun masih nangis.
Tak sampai hati nak tangkap gambar.


Tips tingggalkan anak :
Sentiasa ingat anak ini pinjaman Allah kita semua milik Allah.Yakin Allah lah yang akan menjaganya. Tenangkan hati dan yakin pada Allah. Ikhlaskan niat pergi ke sana kerana Allah.

Tinggal lami berdua sahaja untuk sessi taklimat.




Semua pasport diserahkan untuk check in sendiri di airport Klia dan Jeddah nanti.
Tag nama diberi dan kena sentiasa dipakai .
Ada lebih kurang 38 jemaah untuk trip ni.
Disebabkan flight pukul 5.30 pagi jadi solat subuh kami akan bersolat di dalam flight.
Masa ni dah ambil wuduk siap-siap dan lelaki pula terus memaka ihram sebab akan niat umrah di miqat dalam kapal terbang



 Dalam kapal terbang saya duduk di bahagian tingkap.
Kalau nak ikut 9 jam dalam kapal terbang dan seat yang agak sempit, mungkin memenatkan.
Tapi saya sangat-sangat bersyukur.
Takde apa yang perlu saya rungutkan.
Allah dah bagi yang terbaik.
Kita follow je planNya.
Sepanjang perjalanan sekali lagi tidur-tidur ayam sahaja.

Selalu berdoa untuk Allah permudahkan segalanya.

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimi

Masa dihabiskan dengan membaca buku panduan umrah, hafal doa-doa ringkas, zikir dan melihat keindahan melalui tingkap.

Kami diberi makan 2 kali.
Alhamdulillah sedap.



Setelah lebih kurang 8 jam, pilot announce beberapa minit lagi untuk sampai ke zon miqat.
Jadi masa ni dah get ready untuk berniat Ihram.
Miqat ni adalah sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram yang telah ditentukan oleh Rasullullah SAW.. diriwayatkan oleh Ibn Abbas..
Untuk wanita, digalakkan untuk berniat ihram bersyarat.
Takut uzur pulak masa dalam ihram.



Lebih kurang 9.30 pagi, alhamulillah kami selamat tiba di Airport King Abdul Aziz Jeddah.
Hanya flight kami sahaja yang tiba pada waktu ni.
Takde flight lain.

Mutawif ada cakap, kadang-kadang Allah bagi ujian kecil lagi dari tempat imegresen.
Imgresen dekat sini kadangkala leceh dan lambat.
Kena banyak-banyak sabar.
Tapi alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Bila saya sampai ke kaunter imegresen, tiba-tiba semua kaunter available.
Tak sampai 10 minit, check imegresen dan scan  muka semuanya settle.
Terus ambil bag dan tunggu bas untuk dibawa ke Makkah.



Aiport Jeddah yang luas dan agak kosong.
Walaupun urusan imegresen agak cepat, tapi kami mengunggu bas yang datang agak lama.Lebih kurang 2 jam baru bas sampai.huhu.

Pejalanan daripada Jeddah ke Makkah lebih kurang 2 jam.
Semasa dalam bas , kami dah mula untuk bertalbiah.
Daripada kuat dan bersemangat dan akhirnya tinggal beberapa orang sahaja yang talbiah sebab banyak yang tertidur.





Bila dah nampak Makkah Royal Clock tower, nampaknya dah tak jauh lagi nak sampai.





to be continue 

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Saya HANDAYANI ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
    Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 275juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
    Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan minyak Pelet,,
    Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
    Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467.
    ATAU KLIK DISINI

    ReplyDelete

Total Pageviews